Wednesday, 28 August 2019

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN


PENDAFTARAN

§   Bilangan Tiap-tiap pasukan dibenarkan mendaftar seramai tidak lebih dari 7 orang pemain dalam Borang Pendaftaran perlawanan.

§   Kelayakan Pemain yang tidak disenaraikan namanya di dalam Borang Pendaftaran Perlawanan tidak dibenarkan mengambil bahagian.

§   Pendaftaran boleh dilakukan dalam link google form yang telah disediakan (penyertaan pasukan adalah terhad dan jika melebihi daripada sasaran pasukan terawal yang mendaftar akan diambil kira) .



PASUKAN DAN MASA BERMAIN

§   Pasukan Tiap-tiap pasukan mestilah mempunyai sekurang-kurangnya 5 orang pemain di padang sebelum sesuatu perlawanan dimulakan.

§   Masa bermain untuk peringkat awal (kumpulan) ialah 7 minit tanpa rehat dan pada peringkat separuh akhir dan akhir akan dilakukan sebanyak 6 minit pada separuh masa pertama dan kedua diselitkan sebanyak 2 minit rehat (6:2:6).



PERTUKARAN

§   Pemain boleh ditukar pada bila-bila masa termasuk masa tambahan kecuali dikenakan tempoh ‘sin-binned’.

§   Pemain yang telah diganti boleh dibenarkan bermain semula dalam permainan yang sama. 



PAKAIAN 

§   Warna pakaian hendaklah mengikut tema kemerdekaan iaitu merah,biru,putih,kuning .

§   Sekiranya terdapat persamaan warna jersi antara 2 pasukan yang bertembung, salah satu pasukan akan diberi bib.



MEMUTUSKAN KEPUTUSAN 

§   Secara liga

§   Cara memberi mata : Menang - 3 mata
     Seri - 1 mata
     Kalah - 0 mata

§   Sekiranya mana-mana pasukan gagal bermain pada sesuatu perlawanan pasukan lawan akan diberi 3 mata kemenangan dengan jaringan gol 3 - 0.

§   Jika dua atau lebih pasukan mendapat jumlah mata yang sama, pasukan yang mendapat perbezaan skor terbanyak dikira menang.

§   Jika masih seri, pasukan yang mendapat jumlah try terbanyak dikira menang.

§   Jika masih seri, pasukan yang pernah mengalahkan lawannya dalam pertandingan ini akan dikira menang.

§   Secara Kalah Mati Bagi perlawanan kalah mati, jika kedudukan seri selepas tamat waktu permainan, caracara berikut akan digunakan untuk memutuskannya :

-  Perlawanan masa tambahan 1 minit dengan pengurangan 1 pemain akan dilakukan tanpa rehat (4 sebelah)

-   Jika masih seri,masa tambahan 1 minit akan diberikan dengan pengurangan 1 pemain akan dilakukan lagi tanpa rehat (3 sebelah) dan begitulah seterusnya.



KELEWATAN

§   Masa selama 5 minit akan diberikan kepada pasukan yang lewat dan selepas masa itu pihak lawannya akan diberikan kemenangan percuma dengan 3 mata kemenangan dan bilangan 3 - 0.



PERLAWANAN YANG DITUNDA ATAU DIBERHENTIKAN

§   Sekiranya pengadil berpendapat bahawa padang tidak sesuai untuk permainan disebabkan oleh keadaan cuaca atau kerana hal-hal yang tidak dijangkakan, perlawanan itu tidak dapat dimainkan atau sekiranya perlawanan diberhentikan akibat hal-hal yang di luar kawalan kedua-dua pasukan, maka perlawanan yang ditunda atau diberhentikan akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola.



PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN

§   Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan ini akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola yang berkenaan dan keputusannya adalah muktamad.


No comments:

Post a Comment

JAWATANKUASA PENGELOLA PERTANDINGAN

JAWATANKUASA PENGELOLA PERTANDINGAN PENASIHAT -            Sir Asnirul -           Sir Salim Yusof    PENGERUSI  RAGBI ...